Saturday, April 1, 2017

Permaidani

I guess, I don't need to explain myself for the long pause.
I'm here
...

Rimbun dan redup kasih-Mu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan-Mu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rindu-Mu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

...

Sekali-sekala, datang penat itu.
Lelah sesak nafaz dibuatnya.
Letih lesu lunyai.
Itu lah paling tinggi ujianNya.
Sabar.
Kurang sabar kita ini, sebab kurang syukur dalam hati
Astagfirullahhalazim

Dia
itu tempat kita
tempat bercerita
termpat bergossip
termpat mengadu
tempat munuduh segala

Dia Mendengar, dan kau tahu bila engkau tak mahu berhenti berceloteh meluah rasa biarpun suara yang ada hanya suara kamu
Dia Melihat, dan kau tahu bila engkau sendiri yakin dengan keajaiban segala perancanganNya
Dia Ar-Rahim, Dia Ar-Rahman, Dia Al-Latif, Dia Al-Ghaffur
selagi mana engkau yakin Dia ada di dalam mu
selagi mana engkau pegang Dia tempat engkau meminta
selagi mana engkau sujud menyembah Dia yakin diri sangat kerdil dan berdosa
selagi mana engkau basah menangis memohon ampun, memohon belas, memohon tenang, memohon iman, memohon sabar, memohon syukur, memohon rahmat, memohon berkat, memohon perlindungan, memohon cinta, memohon kasih, memohon harap, memohon kebergantungan..
Dia tak tidur
Dia Ada
Selagi mana niatmu hanya Dia
Dia tetap Ada
Yang Satu
Yang Esa
Yang Kasih
Yang Rahmat
Maha Pengampun
Maha boros melimpahkan taubat, melimpahkan rahmat
Pegang Dia
Mengadu pada Dia
Ikut Dia

sebab kita hanya ada Dia
bukan mereka, bukan yang lain
Hanya DIA
...
Maha Suci Dia
Subhanaallah

Ya Allah, Jauh sungguh hijrahku ini.. Lama betul terpesong senget berpatah arang..
Dan hanya Engkau Ya Allah, pemberi hidayah, yang bawa aku kembali

Mashaallah
Sayangnya Engkau pada si fakir hina ini..

Dan aku masih belum puas ketagihkan kasih Mu
sikit lagi Ya Allah
sikit lagi
sikit lagi
bantu aku
bantu kami
jangan tutup hidayah taubat itu Ya Allah