Saturday, January 20, 2018

putus

keras yakin kau benar dan 'itu' yang harus diperlakukan
"bukan aku yang memutuskan,
 tapi mereka yang berdengkian,
dihalangnya dari menemukan"

tapi mereka pula mula berbunyi
"ya, memang benar yang menghalang pertemuan itu kami
tak perlu bertemu janji
jika bersyarat yang disengketakan di simpan di lubuk hati
tak perlu diungkit dihakimi
betul ke itu boleh menjadi?"

...


siapa memula siapa memutuskan?
sebelah pihak berkeras ingin membetulkan kekeliruan,
mahu diajak berbincang, minta dijawab segala pertanyaan
kalau betul salahnya mereka, harus dikhabarkan
supaya diperbetulkan
sebab kalau tunggu nak diungkit di waktu kiraan amalan,
allahu, alangkah ruginya manusia!
kau kata kau sayang, tapi kau yang menganiya!
bila kau tak menegur, bermakna kau rela mereka muflis bila menghadap ya Robb!

sebelah lagi berkeras ingin semua disimpan,
takpelah, lambat laun semua lupa diam terhumban
kononnya tidak mengapa, hakikatnya menyumpah seranah
kononnya aku yang teraniya, hakikatnya kau menyombong tak ke sudah
kononnya Demi Tuhan, hakikatnya tak pernah kau faham segala Firman
watawaa sau bil haq - berpesan dengan kebenaran!
mana pesanmu? mana benarmu?
senyapmu, bisumu, hanya membuat mereka keliru
wallahi, itu tidak membantu, mereka atau kamu..
katakanlah sungguh boleh terpadam dengan waktu.
kau sendiri gagal memadamkan biarpun dah sedekad email itu berlalu!
percayalah wahai si hati batu,
manusia ini lemah, takkan mungkin boleh terpadam begitu...
lama disimpan dipendam, macam bom jangka, meletup ia bila tiba waktu!

...
kau mungkin rasa bukan kau yang memutuskan
tapi degilnya kepala, busuknya hati, murahnya harga darah itu...
kau masih tak rasa perlu bertemu, tak perlu diperjelas segala seteru...
bukan kau yang tak izinkan mereka bertemu...
tapi mereka yang minta begitu..
itu fikirmu..

hina sungguh kau letak pintar mu
kerja gah di tempat yang indah
pangkat hebat bergaji lima angka hasil keringat
kau masih mampu berfikir, berbincang bukan jalannya..

kalau kau percaya pada syahadahmu
buka balik buku yang satu
tilik satu-persatu
apa sebab at-taubah tak diawali bismillah
apa sebab diceritakan perihal hudaibiyah
apa sebab kau kena faham sejarah
apa sebab kau kena tahu bermusyawarah
apa sebab kau mengangkat syahadah

...
tak, mereka tak betul,
mungkin kau tak salah;
tapi, kalau kau terlalu dangkal,
tak rasa perlu nak berbicara segala perihal
itu dah sombong namanya
hati mereka tak bersih, maka setiap doa setiap rukuk setiap sujud mereka mengharap ampun belas At-Taubah Ar-Rahim
mungkin kau mahu mencuba.... takut terlalu banyak titik hitam, hingga kau lupa jalan pulang.


No comments:

Post a Comment