Wednesday, July 17, 2019

SAINS dan MATEMATIK dalam English tanpa MELAYU


KPM keluarkan memo.
KPM sedang mempertimbangkan cadangan PM untuk pembelajaran subjek Sains dalam English Language.
Demi meningkatkan tahap penguasaan subjek Sains dan Matematik.
Saya bukan cikgu.
Saya seorang ibu.
Alhamdulillah.
Anak2 takde masalah bila belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Tapi, saya tak setuju dengan Kementerian Pendidikan nak buat subjek sains dalam bahasa penjajah tu!
Saya tak setuju bukannya sebab saya kiasu (biar anak saya je belajar sains bahasa omputeh).
Saya tak setuju bukannya sebab tak mahu anak-anak orang lain ‘maju’ sama.
Saya dulu pun, happy sangat bila anak belajar sains dalam bahasa omputeh.
Anak sulung saya nak amik UPSR dulu, memang akan baca soalan dalam bahasa omputeh sebab lagi senang nak faham.
Anak no 2 ni pun, memang saya bagi tips yang sama, tak paham soalan, verify dalam bahasa inggeris.
Anak no 3 lagi advance, 'what do you learn at school today?' dan dia jawab 'i learn about germicide'...
Pegghh.. terpaku mama dengan anak umur 8 tahun guna term 'germicide'(mama spell entah betul entah idak).
Ya, resource Sains banyak dalam bahasa Inggeris.
Rugi kalau anak-anak tak faham Inggeris.
Susah nak paham Google Wilkipedia dan semua maklumat yang ada.
Buku ilmiah apatah lagi.
Tapi, saya tetap tak setuju kalau suruh anak-anak Malaysia, Melayu belajar sains dalam bahasa omputeh.
Ada banyak risiko nak kena study and telusi sedalam-dalamnya sebelum betul-betul KPM nak komited teruskan:
1. Training untuk cikgu, bahan-bahan untuk murid... Haiii.....
Change management memang fail.. kang tukar style, lepas lima tahun, tukar balik...... plan ke mana, execution ke mana, duit banyak perabis, result: ke laut!
Nak main tukar-tukar plan mengajar belajar ni dibuat macam tukar baju je.
Mangsa: anak-anak yang memang nak belajar, tapi tak dapat belajar sebab polisi kerajaan tak sempat nak apply fully!
2. Bahasa dan budaya bangsa
Memang ramai akan fikir, ala.... english ke malay ke, masih subject science.. if only it is that easy!
Kami tanya anak no 2 kami..
kalau sebut makanan berasid, what came into your mind?
"lemon" jawabnya.
nampak tak? kalau guna terms dalam bahasa inggeris, mungkin lemon akan jadi pilihan daripada lime atau limau. sedangkan, duduk kat Malaysia ni, teh o ais limau jauh lebih murah daripada ice lemon tea.
sains yang diajar dalam bahasa inggeris akan lebih cenderung menggunakan terma-terma yang Queen British guna, terma bahasa penjajah.. sampai bila kita nak bagi contoh lemon over limau?
3. Bahasa ibunda
Indah sudah nama 'bahasa ibunda'.... makin lama makin jauh dan makin asing.
Saya rasa kesannya.
Anak saya no 3, walaupun takde periksa, tapi cikgu buat pentaksiran bilik darjah... subject lain dapatlah Band 4... tang subjeck BM, Band 2.
Selalu, bila bagi arahan bahasa melayu, dia tak paham.
Kekadang, bila kita buat lawak bahasa melayu, dia tak respond.
Saya amik tanggungjawab sepenuhnya. Salah saya. Saya terlalu biasakan berbahasa omputeh dari bahasa sendiri, lupa diri!
4. Anak Jepun, anak Finland belajar sains bahasa Jepun, bahasa Finnish.
Saya cakap bukan sekadar kita tengok dalam FB ke atau sebagainya.
Alhamdulillah, saya sempat belajar kat kolej antarabangsa (70+ countries) masa buat IB kat Wales dulu.
MARA hantar suruh jadi engineer, so terpaksa amik subject Physics and Maths yang hardcore - yang orang British memang takkan amik..
Yang ada pelajar dari China, Singapore, Spain, Jepun, Finland dan sorang mamat sesat dari Texas, USA.
Semua excellent, kecuali saya.
Yang pastinya, kawan yang Finland dan Jepun yang paling hebat dalam kelas... asal cikgu suruh bagi input, memang diorang yang jawab dulu.. Asal cikgu tanya, diorang je yang jawab...
Betul je semua jawapan..
Cuma cikgu je yang paham sebab cikgu dah di train untuk paham.. kitorang memang tak paham sebab diorang cakap macam cakap omputeh, tapi bunyi macam bahasa japanese or finnish...
Sebab diorang dah dari kecik belajar dalam bahasa diorang. Sampai buku revision sains pun, tak gunan buku cikgu bagi... guna buku yang bahasa diorang.
Kita yang memang lagi terer english ni.. result... hmmmmmm
5. Peluang untuk semua anak-anak
Alhamdulillah. Anak-anak saya ada rezeki nikmat Allah bagi, bolehlah kami ajar anak2 bila diorang tak paham sains.
Kalau masih tak paham, boleh tengok youtube.
Kalau tak paham gak, kita boleh try pergi amik extra class.
Tu.... anak-anak lain.. yang memang tak baper tahu, yang memang slow, yang memang tak mampu, yang memang nak belajar tapi susah, dan semua-semua yang lagi ramai.
Yang memperjuangkan bahasa inggeris untuk sains dan math ni sebab majoritinya mampu. mampu dari semua aspect.
Tapi, kenapa kene deprived hak anak-anak lain?
Sebab ada art stream?
Adooii... science in life!
Macam mana anak nak hidup kalau tak tahu kenapa vape tu takde kurangnya dengan rokok?
Macam mana anak survive kalau tak tahu macam mana buang plastik kat longkang boleh buat satu bumi ni merana?
Macam mana anak tahu kalau lepak memalam, tidur tak cukup, pergi sekolah ngantuk, otak tak berfungsi akan buat diorang rugi?
Diorang kene belajar ilmu sains!
Peegghhh....
Panjang lebar saya bercerita.
Inilah padahnya bila mama dapat keyboard computer, bukan keyboard phone!
Tapi seriously,
Studylah risk yang ada... Jangan main committed sebab dia boss!
Berdosa kalau kita aniaya hak anak-anak.