Tuesday, May 7, 2024

Sakit putus cinta

Sambung citer pasal cinta.. 
...

Puppy love, cinta monyet and all sorts.. labellah apa pun nak label. 
At this age, somehow I am still 'blushing' thinking about it. 
Cinta tu best! Masa courting time waktu bercinta tu lagi-lagi best... 
Dulu, memang tak paham konsep halal haram syaitan sunnah semua ni... Tahu, tapi tak mahu faham. Main terjah je ikut nafsu. 

Aidan pernah jatuh cinta... Mama tahu pun secara tak sengaja. Rasa nak dekat SPM kot baru bercinta... bila naik form 5. Tapi, lepas tu, masa amik result SPM, keadaan not as per planned.. Ada konflik, ada disagreement yang masing-masing hard-headed, takleh nak resolved  and it came to its end. 

Mama takmo komen panjang, takmo citer panjang... mama pick-up mana yang mama nampak dan 'rasa'. Kalau salah nampak and rasa mama, salah lah. 

Mama tak tahu citer belah pompuan ~ tapi Mama tengok bila Aidan sedih, mama jadi sedih. Perit bila putus cinta. Tambah-tambah bila ko rasa memang ko betul-betul sayang kat org tu.. bila ko rasa takde orang lain dah boleh bagi ko rasa cinta macam yang dia bagi.. Bila putus cinta, tak kisahlah for whatever reason, ko yang putuskan ke, dia yang mintak putus ke... tapi confirm ko sedih sebab ko sayang. 

Yup, ko akan move on. Ko mungkin akan balik semula pada dia. Atau kau mungkin akan jumpa lain... yang kau akan jumpa, mungkin itu jodoh kekal ko.. atau mungkin juga kau akan disakiti dan terus mencari cinta. 

Nak citer pasa putus cinter, not in this post. 

This time, Mama nak citer wearing my Mama's hat. Honestly, I just wished I could hug Aidan knowing that he is in pain sebab sakit putus cinta. Dengar lagi listing spotify dia.. "Jika kau bercinta lagi...." alahai... terus Mama cakap dalam hati, "AbgDan, mama know you are strong. But Mama also wants you to know, sometimes, all you have to do is cry it out loud!"

Dulu, masa kat primary, waktu Daniel and Siddiq lebih rapat dengan Aisar sampai tak baper nak geng ngan Aidan, Aidan sedih, Aidan nangis tepi longkang waktu sampai kat kete.. Mama tanya, "naper, bang?"... Aidan cakap, "Aidan sendiri tak tahu. Aidan sedih je sebab orang ignore Aidan."

Waktu tu, mama cakap, "nangis lah bang. lepas ni, you'll do good. takpe lah diorang ignore Aidan ke or not. ada kawan lain boleh kawan aidan gak. nanti-nanti diorang kawan gak ngan Aidan. just keep on being good to everyone."

And so, now, though it involves girl, a special girl that you were smitten by.. Mama nak pesan yang sama... nangis lah bang. lepas ni, AbgDan will do good. AbgDan mungkin akan jumpa balik dia, baik balik dengan dia, sambing balik cinta yang terputus. Atau AbgDan memang mungkin tak terus contact dia, tak tahu apa citer dia... masa tu, biarkan lah dia. tak yah kejar dah bang. Takmo nanti, AbgDan sendiri yang terluka sampai bila-bila. Hati yang dah luka tu, cepat-cepat sembuhkan. AbgDan nak jaan jauh lagi, nak jumpa ramai lagi orang, Inshaallah.. kalau tak masa kat university nanti, masa kerja pun akan jumpa ramai lagi manusia. 

Jodoh tu AbgDan, bukan kita tentukan. Semua dah Allah qadrkan. Kita kena selalu doa.. semoga dapat jodoh yang baik-baik.. dapat orang yang betul-betul cinta kita, kerana Allah Ta'ala. Cinta adanya kita atas segala apa yang Allah bagi kat kita, takdirkan untuk kita. Cintalah dia yang cinta Allah lebih dari segalanya. 

Mama takkan putus doa untuk anak-anak... semoga kalian bertemu cinta bahagia yang akan bawak kalian kumpul ramai-ramai di Jannah. Allahumma ameen.