Sunday, June 25, 2023

SPM atas pentas, Alhamdulillah

Satu-satu ujian demi ujian itu datang, itu dah 'biasa'.
Satu-satu 'nikmat' demi 'nikmat' Allah bagi, itu pun selalunya biasa, cuma kita aje yang leka. 

Allahu Akbar. 

Ada hadith, first time dengar masa tadabbur Youtube Ustaz Muein masa zaman PKP hari tu... 
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anhuma, Nabi SAW ketika melihat (mendapatkan) sesuatu yang dia sukai, beliau SAW mengucapkan,

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

‘Segala puji hanya milik Allahyang dengan segala nikmatnya segala kebaikan menjadi sempurna.’ 

Dan ketika beliau mendapatkan sesuatu yang tidak disukai, beliauSAW mengucapkan,

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
‘Segala puji hanya milik Allah atas setiap keadaan’.” 
(HR. Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini hasan)

...
Subhanallah... selalu dok do'a mintak Allah bagi macam-macam kat kita... mintak untuk dunia, mintak untuk akhirat. Kita beriman pada hari akhirat, kita yakin Allah bantu kita dapatkan apa kita mintak kat akhirat, dengan syarat, kita betul-betul nak, dan kita tahu kita kena kerja masa kat dunia ni sebab nak akhirat. Bahagianya bila dapat, allahumma ameen. 

Dan kat dunia ni pun, kita mintak maca-macam.. Kita tertunggu-tunggu bila Allah nak makbulkan permintaan kita. 

Tapi, kita selalu lupa nak check balik, masa kita minta tu, sudah cukup layak ke kita nak mintak? Sudah cukup bersih ke hati ni kita sucikan untuk mintak pada Yang Maha Suci? Sudah cukup amal ke ibadah diri kita ini menhadi hamba yang mahu Allah makbulkan doanya? 

Allahu musta'an.. kalau kita tak mintak kat Allah, kita nak mintak kat siapa, kan?
...
Dalam masa since I last post anything, early this month, sampai lah ke hujung bulan ni... banyak sungguh nikmat Allah bagi kat kami. 
Alhamdulillahiladzi bi ni'matihi tatimussolihaati. 
Hadza min fadhli Robb... semua dari Allah. semua Allah bagi. 

Memula masa 8hb hari tu ~ sepanjang-panjang perjalanan dalam kereta dari KL ke Melaka dok istighfar... Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah, ampunkan kami suami isteri Ya Allah, ampunkan Aidan Ya Allah... 
Berdebarnya lah hai nak dapat result SPM... itu baru result SPM. Allahuakbar, takleh nak bayang macam mana rasa bila nak tunggu result waktu nak kena hisab di akhirat nanti. 
Ya Allah, Kau bantu kami waktu kami dalam perjalanan nak amik result Aidan pagi 8hb tu... Ya Allah, Kau mudahkanlah perjalanan kami di dunia Akhirat nanti sewaktu kami hendak menghadapMu mengambil keputusan hisabMy Ya Allah. Jadikan kami hamba-hambaMu yang menerima buku amalan dari depan dan dari kanan, bukan sebaliknya Ya Allah. Ya Allah, bantu kami dengan redha dan rahmatMu sewaktu dihisab nanti, Ya Allah. Allahumma ameen. 

Waze cakap lagi 6 minit baru nak sampai Alor Gajah.... dan Kementerian memang dah buat announcement sebelum tu, kalau nak tau result SMS je ke hotline diorang dah standby kan... So, tepat pukul 10 pagi, terus mama hantar SMS tanpa ragu ~ memang tak bagitau Aidan, memang tak bagitau Aboh yang tengah drive nak kejar time secepat mungkin gi dewan amik result. 

Alhamdulillah... result 6A+ 2A 1A-... sekali imbas baca, muka sudah ada senyum... kalih mata kat belakang, Aidan nampak mama pandang, dia tanya, 'naper Ma?' masa tu Mama dah tak boleh cover tapi kena cover senyum happy gak sebab nak dia tahu sendiri result dia... 
Alhamdulillah.... masuk dewan, gi depan, dok kira... Alhamdulillah 9A... Mashaallah, tak tahu cammana nak respond. Nak ku peluk cium anak sulung ku sorang tu. 

Alhamdulillah, cemerlangnya result dia. Mesti stress adik-adik lepas ni.. hahaha. Dia dapat A- for BM, which buat dia macam sedih gak... tapi, told him, solat kat surau karang, cuba sujud lama... reflects and remind yourself, apa agaknya baik awak sampai Allah bagi result begitu cantik sekali hari ni? 

Allahu Akbar.. even at times me writing this, I could still shed tears of grateful. Takkan cukup syukur itu banding dengan nikmat Dia bagi kat kami. Ya Allah, bantu kami nak jadi hambaMu yang sebenar-benar hamba, yang sungguh-sungguh bersyukur atas setiap satu nikmat yang Kau berikan pada kami dan anak-anak kami...

Subhanallah, bahagia bila dengar nama Aidan cikgu panggil... antara yang terawal naik ke pentas nak salam tahniah sebab dapat 9A. Alhamdulillah. 

Ramai ibu bapa dan anak-anak lain yang berharap untuk berada di atas pentas itu. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk Aidan dapat nikmat dunia itu. Ya Allah, semoga nikmat itu tidak menjadikan Aidan lupa akan segala kebaikan Kau, Ya Allah. 

Ok, stop sat.. pos citer Aidan ni dulu.. kang citer pasal Aimar lak, insyaallah.. tak tahu lah bila karangnya... ooppsss

Thursday, June 15, 2023

Masa lapang. Ke ye ke?

Ish... lama sangat berhenti menulis.. 
dah kenapa??
 
Alkesahnya, memang busy tahap gaban... 
Masa bulan posa, sibuk persiap assignment. 
Lepas tu raya
Lepas tu kena submit assignment. 
Lepas tu nak prepare exam.
Lepas tu cuti sekolah.  
Lepas tu Aidan dapat result.
Lepas tu Aidan nak amik lesen. 
Lepas tu sambil-sambil setel gak hal Aimar Aivey. 
Lepas tu tetibe exam. 
Lepas tu tetibe nak isi pemacam borang untuk Aidan sambung belajar.. 

Haippp... 
Jangan banyak cakap. 
...
Teringat Sh Sajid cakap, 
Time is Premium!
Bila hadis cakap, kejar masa free sebelum sibuk ~ jangan pikir  free-time tu kita takde benda nak buat... 
Free time tu, maknanya, kita ada flexibility dalam urus masa kita. 
Allahu musta'an... 
Kalau bersungguh kita plan. niat memang betul, yang lain Allah bantu mudahkan.

Moga Allah beri kemudahan nak urus semua benda dengan cemerlang, tanpa satu saat pun masa dibazirkan dengan sia-sia. 
Allahumma ameen..

Nanti kang, kita sambung lain lak.