Tuesday, April 17, 2018

TAR 2018 - Part 2

Alhamdullillah, all praise to Allah for Aidan got the MRSM offer for the first intake in February 2018. Sujud.

He got what he wanted. 
He wanted to be in the boarding school and he wanted to do IGCSE,  he got it. 
Mama wanted him to be in Pekan, and he didn't argue with me. 
Why? 
So, I've been told that MRSM TAR is the pioneer of the MARA IGCSE Program and most teachers in MRSM TAR have so much experiences and would definitely could be one of the contributing factor to ensure Aidan got the best education in his leverl, Insyaallah. 

The first two weeks as a hostel boy was all great to him. The seniors were super kind, the friends were okay, though he missed his old mates from KMS. 

It was sometimes in mid February that he started to complain 'susahnya nak hidup dekat sini'.
He tried 'his antics' and 'dramas' and been calling me late nights just to cry it out and told us to remove him from the school. It was difficult for me to see the logic of all his antics and to me he was just being such a cry baby! Less that I knew he was 'struggling' to live in the new life with being one of the boys who had been aggressively abused and attacked by his batchmate. 

He did told me. 
But I kept shutting him off. 
He told me so many things... 
Kekadang, I just didn't see that bond. Tapi, Alhamdullillah... masa ni lah nampak how close and dependent he is to me. To some, anak lelaki umur 13 tahun memang fasa takmo bercerita, takmo bersembang dengan mama abah. But not aidan. Nope, bukan sebab dia anak manja, sebab dia dah biasa dihidupkan dalam suasana bercerita apa saja dengan kami. 
But then again, bila dia cerita dia tak suka duduk TAR sebab kena bulu dengan kawan sebaya... I shut him off.. I let him 'suffered' in silent. 

Until one day in March, a parent sent a message in parents' group whatsapp telling how his son was having troubled sleeping at nights, especially, because there's a group of boys (of their same age), who targeted few students and found it funny to just make fun and pranked their friends despites of those pranks were actually a series of 'attacks' and and act of bullies to the friends who had been pranked. 

To my surprise, some parents (and I meants more than one), shared their sons' experiences too. 

So, here's the things... some of the lists were what Aidan's experienced them first-hand and told me but i shut him off and asked him to ignore naughty boys. Obviously, these were not an act of 'naughty' ... these boys are bullies! 

I'm just going to copy paste what I wrote in a letter to MARA BPM and submitted by hand on 30th March, which until today I did not receive any feedback. And I guess, that is my trigger point of why I'm writing this post and few other series to come..... 
Till to-date, I haven't heard anything from the school and I wonder if this is how they are going to handle this? ... just shove it off, under the carpet...

Nope sir. 

Big mistake.

The letter I wrote....


Saya, ibu kepada pelajar MRSM TAR, ingin membawa perhatian kepada Tuan dan memohon izin untuk memindahkan anak saya daripada MRSM TAR serta-merta.

  1. Anak saya telah dibuli secara mental oleh rakan-rakan sebayanya sebelum anak pulang dari cuti tahun baru cina dan makin menjadi-jadi selepas itu, hinggakan dia menjadi lemah dan sukar untuk tidur malam kerana risau dibuli oleh rakan-rakan sewaktu tidurnya.



Berikut adalah senarai kejadian buli yang dilakukan pembuli-pembuli terhadap anak saya:
  1. Alas kaki diletakkan di atas muka anak semasa dia (pura-pura) tidur dan tohmahan keji dari si pembuli didengari anak betapa dia dibenci si pembuli. Anak tidak berani hendak melawan kerana dia hanya seorang sedangkan si pembuli berkumpulan.
  2. Inhaler Ventolin yang dibuat standby untuk kecemasan asthma telah dibuat main ala-ala sedang menghidap ‘vape’ dan dibazirkan hingga anak habis walaupun ditegah dan diarahkan untuk berhenti.
  3. Wallet dicuri bila diletak dibawah bantal (ya, kecuaian anak kerana tidak berhati-hati dan terlalu mempercayai rakan sebaya) semasa mandi. Wallet ini dijumpai semula setelah pencuri meletakkan semula di bawah bantal dua hari selepas kejadian, dan wang sebanyak RM32 hilang.
  4. Kunci loker spare yang disembunyikan di meja untuk kecemasan telah diambil dan loker telah dibuka dan digeledah semasa anak tiada di bilik, barang bersepah-sepah dan beberapa pakaian hilang. Loker yang dibiarkan sekejap (ketika ke tandas) diselongkar, ada yang dipunggah keluar barang-barang dan ada juga yang hilang
  5. Gel rambut anak yang diletakkan di atas mejanya diambil dan dipicit ke atas cadar anak.
  6. Semasa anak ingin pulang dari solat asar, didapatinya poket seluar tracknya diisi habis satu tube gel rambut.
  7. Semasa anak beriadah, air minuman 100plus yang di simpan di dalam kotak di bawah katil dicuri (11 tin hilang)
  8. Dan setelah pihak Maktab telah diberitahu perihal ini pada hari rabu 28.3.2018, pembuli telah pergi berjumpa anak untuk memberi peringatan supaya tidah memberitahu ibu-bapa perkara-perkara yang dibuli dan pembuli telah mengejek anak dan memberitahu mereka tidak membuli kerana tiada kesan luka, lebam atau berdarah pada anak. Pembuli juga telah berjumpa anak pada hari khamis setelah berjumpa dengan kaunselor dan memberitahu mereka tidak bersalah dan memberi peringatan kepada anak supaya tidak memberitahu apa-apa perbuatan mereka ke atas anak kepada ibu-bapa.

  1. Anak telah lama berkongsi cerita pembulian mental yang dialami, dan kami sentiasa menasihati dia untuk bersabar dan cuba untuk berfikiran positif. Sebagai ibu bapa, kami juga lama bersabar dan bersangka baik terhadap pembuli-pembuli ini, sehinggalah salah seorang bapa pelajar lain yang turut menjadi mangsa buli oleh kumpulan yang sama berkongsi masalah mereka di kumpulan WhatsApp ibu-bapa tingkatan 1.Sehubungan dengan itu, kami telah membawa perkara ini kepada pengetahuan Maktab untuk tindakan. Berikut adalah kronologi atas komunikasi kami dengan pihak Maktab:

28hb Mac 2018
  1. Saya telah membuat aduan melalui applikasi WhatsApp untuk perhatian Ketua Warden, berkenaan kes anak saya dan beberapa kawannya telah dibuli oleh rakan sebaya, sejak dari buka sekolah selepas cuti hari raya cina lepas.

29hb Mac 2018
  1. Saya tidak mendapat apa-apa ‘feedback’ daripada laporan saya, kami diberitahu yang kaunselor, sudah memanggil dan menyoal para pelajar yang terlibat, dan telah mengesahkan mereka tidak bersalah dan hanya diberi nasihat (bukan amaran). Khabar itu datang dari mesej ibu salah seorang pelajar yang dituduh di dalam kumpulan WhatsApp. Saya juga telah dimaklumkan oleh anak saya bahawa dia tidak dipanggil oleh untuk memberi penjelasan atas apa yang telah pelaku lakukan kepadanya. Maka, saya telah telah menghubungi untuk memberi penjelasan dan diberitahu bahawa kes ini sudah di bawah kendalian dan memberi saya nombor telefon kepada saya.

  1. Saya menghubungi untuk bertanya, dan dia mengakui dia tidak memanggil anak saya kerana dia tidak mendapat laporan yang kami beri kepada C dan dia memanggil para pelaku atas inisiatif dia setelah dia mengetahui khabar angin tentang hal buli ini daripada WhatsApp. Dia berpuas hati dengan perjumpaan dia dengan pembuli dan berasa tidak perlu memanggil pelajar-pelajar yang dibuli untuk disoal. Dia juga memberitahu pelajar yang dipanggil sudah diberi nasihat. Saya agak kecewa dengan keputusan (seakan-akan tiada tindakan lanjutan selepas nasihat) yang diberitahu kepada saya, dan bertanya kepada , ‘apa tindakan pihak Maktab seterusnya?’. Tiada jawapan diberi, sebaliknya saya disoal ‘apa yang Puan mahu kami buat?’. Soalan itu amat tidak professional, kerana saya benar-benar ingin faham proses dan prosedur Maktab dalam menangani isu ini.

  1. Saya telah menghubungi Pengetua dan diarahkan untuk berhubung dengan TPP,

  1. Saya telah menelefon dan bertanyakan kenapa anak saya tidak disoal oleh pihak Maktab, sedangkan laporan yang kami berikan kepada perlukan penjelasan satu-persatu daripada anak saya sebelum pelaku-pelaku dituduh dan dilepaskan hanya dengan memberi nasihat.

  1. Anak saya diberitahu dia telah dipanggil untuk disoal oleh TPP selepas panggilan telefon saya kepada TPP.

  1. Suami saya telah menghubungi TPP untuk berjumpa pada hari keesokkannya (30/3/18), untuk memahami rancang pihak maktab untuk jangka-pendek (fire fighting) dan panjang (prevention) untuk memastikan masalah ini ditangani dengan sewajarnya. TPP bersetuju untuk berjumpa pada pukul 4 petang 30/3/2018.

  1. Pada malam 29hb, anak saya telefon kerisauan. Seharian dia disergah oleh pembuli-pembuli, dan diherdik hingga anak tidak makan seharian dan juga muntah di surau malam itu. Anak juga takut untuk tidur malam itu. Pihak asrama tidak menukarkan bilik anak atau pembuli walaupun pihak asrama tahu salah seorang daripada pembuli itu sebilik dengan anak. Pembuli-pembuli telah berkumpul di bilik anak malam itu, walaupun tidak menganggu anak secara langsung seperti malam-malam sebelumnya. Kerana anak muntah sebelum itu, kami menelefon anak pada pukul 11:15 malam untuk memastikan keadaan anak stabil. Kami terganggu terdengar di latarbelakang, suara-suara sumbang mengejek anak, ‘anak manje’ ‘mak bapak bagitau sekolah hal kecil’. Kami terganggu dan risau dan yakin sekiranya para pelajar tingkatan 1 dipantau seadanya selepas ‘lights-off’ dan berada di katil / bilik masing-masing, pasti perkara buli-buli ini tidak akan berlaku kerana kes berlaku selepas kebanyakkan pelajar sudah tidur berehat sedangkan pembuli-pembuli masih belum tidur.

  1. Suami terus meninggalkan mesej WhatsApp kepada bertanya mengapa anak-anak tidak dipantau selepas ‘lights off’ dan jawapan sangat tidak professional (sila lihat lampiran - dalam lampiran: telah 'melantik' suami saya menjadi ketua warden kerana bertanyakan perihal tugasan ketua warden yang tidak dia laksanakan)

30hb Mac 2018
  1. Kami pergi Maktab dan kami diizinkan membawa anak pulang untuk proses penukaran asrama. Walaupun sudah ada temujanji dengan TPP, setibanya kami di Maktab, TPP masih sibuk dengan tugasa rasmi. Akibat jadual beliau yang begitu padat, kamitidak berkesempatan untuk berjumpa beliau sehingga habis waktu pejabat. Namun suami saya berkesempatan untuk bersalaman dengan beliau ketika bersua dengan beliau di dorm anak ketika kami membantu anak untuk mengemas barang-barangnya.

  1. Saya masih tertanya-tanya mengapa anak saya tidak ditukarkan bilik serta-merta sebagai langkah segera (fire-fighting), dan saya masih tertanya-tanya adakah benar keputusan sudah diambil dan tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat selain nasihat kepada pembuli-pembuli. Untuk jangka-masa panjang, ini mungkin satu tindakan yang harus dipertimbangkan semula kerana pembuli-pembuli bukan sahaja membuli anak saya seorang tetapi ramai pelajar-pelajar lain yang merasakan tidak perlu untuk membuat laporan kerana tidak luka atau berdarah.
  1. Keadaan mental dan emosi anak dan kami terganggu atas segala apa yang berlaku. Untuk tindakan segera, kami mohon anak dikeluarkan dari MRSM TAR dan ditukar serta-merta. Kami juga berharap perkara ini tidak dipandang remeh dan pembuli-pembuli yang terlibat diadili dengan seadilnya. Jika perlu dan diberi peluang, anak kami boleh pergi ke MRSM TAR untuk memberi penjelasan.

  1. Kami yakin, ibu pejabat MARA akan memandang serius laporan ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku kepada pelajar-pelajar lain. Pembulian mental adalah sama bahayanya dengan pembulian fizikal, dan ini harus dipantau dan dihapuskan terus di kalangan pelajar-pelajar MRSM yang pintar-pintar dan bakal menjadi peneraju negara.  
Saya berharap permohonan dan laporan ini mendapat perhatian Tuan dan terima kasih atas kesudian meluangkan masa Tuan untuk perkara tersebut.

Okay, bear with me.. I'm posting part 3; just to tell what a mess this has been ..watch this space.. things get more 'interesting' when the police is in the picture, the school still did not update us anything despite I got a text messages from the bully and his parents tormenting me..to some extent swearing at me...

Even I felt like I've been bullies, and whenever there's questions asking 'Anak kene buli? Dia luka mana?'... I do find it offensive. 

Tell me, does bully means luka patah riuk tulang-belulang than only action need to be taken?

No comments:

Post a Comment