Thursday, July 23, 2015

Book Review: Dahsyatnya Doa Isteri

This book is beautiful.
It made me realized that small things matters.
The storyline is nicely put and the reading is easy for such a topic.

I must admit, I am no expert when it comes to the islamic knowledge. Astaghfirullahhalazim, how ashamed I am to admit that. I'm learning. We all are.
Moga dipermudahkan.

About the book, I must compliment the writers. They inspired me to pray, and pray harder, and there's always hope as He promised. All we have to do is ask.

Bila kita berdoa,
1. Mungkin Allah akan makbulkan
2. Jika tidak serta-merta, akan tiba masa yang sesuai
3. Jika tidak termakbul langsung, sebab perancangan Allah lebih hebat dari apa yang kita pinta.

Berdoalah.

Saya mahu berdoa.
Saya mahu setia seperti Khadijah, yang Allah janjikan rumah di syurga, yang sentiasa berdoa untuk suami tercinta dan sama berjuang demi suaminya. She proved that every successful man, there's always a smart woman.
Saya mahu cekal seperti Aishah, yang difitnah hingga si suami berasa hati namun dia tak henti berdoa hingga Allah memandukan semua kepada kebenarannya. Sabarnya dia, allahu.
Saya mahu kuat seperti Maryam, yang tak henti berdoa bersabung nyawa dan diri untuk melahirkan dan membesarkan anaknya. Betapa hebat kuasa Allah, Isa a.s. yang masih bayi dapat berkata menegakkan kebenaran ibunda tercinta.
Saya mahu ikhlas seperti Siti Hajar, yang ditinggal suami namun yakin nasibnya akan terbela kerana yang dilakukan kerana Allah. Hingga kini, zam-zam tak henti membasahi tekak umat Muhammad SAW.
Saya mahu teguh seperti Aisaa isteri Firaun, biarpun kemewahan kesenangan kebendaan mampu dia miliki, dia berserah segalanya pada Ilahi dengan redha-seredhanya.
Saya mahu bijak seperti Khaula, yang tidak hanya membisu bila keliru, dan tak henti berdoa agar nasib dia terbela.

Allah tak perlukan doa kita, doa itu untuk kita sendiri.

Doa la, untuk kita untuk suami untuk keluarga untuk semua.

No comments:

Post a Comment