Friday, August 16, 2024

Susahnya nak bersangka baik

"Ma, kenapa diorang masih ingat kita miskin Ma?"
"Dosa ke jadi miskin, Ma?"
"Masa hulur duit tadi, cepat-cepat diorang pesan, 'simpan jangan kasi Mama nampak. nanti Mama nampak, dia tak kasik amik."
...
Korang, berhentilah sangka buruk kat kami, especially kat diri saya dan suami saya. 
Kami anak-beranak okay-okay, Alhamdulillah. 
Kami tak mahu duit korang, bukan sebab kami tolak rezeki. 
Subhanallah, rezeki kami tak pernah putus. 
Cukup! 
Kalaulah korang tau, rezeki cukup itulah yang terpaling kaya. Alhamdulillah. 
Takpe lah kami takde dua tiga rumah
Takpe lah kami takde dua tiga kereta
Takpe lah kami pakai kereta Jepun, bukan kereta Continental
Takpelah.. 
Kami cukup dah. 
Kami takmo lebih. 
Ada lebih, kami nak bagi orang susah. 
Kalau korang ada duit lebih, jangan cari kami. 
Kami tak susah. 
Tolong bagi pada yang hak. 
Ada anak orang susah nak sambung belajar, berkira-kira wang muka nak masuk belajar. 
Ada anak yatim, ibu tunggal dok berkira-kira catu barang dapur. 
Ada sedara korang, darah daging korang, kais pagi makan pagi demi mencukupkan rezeki. 
Bantulah orang yang memerlukan tu. 
Hampir 7 tahun kami tak kebulur dek tak de rezeki korang kongsi dengan kami. 
Alhamdulillah. 
Kami takkan ungkit. 
Kami sungguh tak berharap. 
Tapi, tolong saya. 
Tolonglah jangan buat anak-anak saya rasa macam mana korang buat mama diorang rasa. 
Tolong. 
Saya mohon. 
Tolong

No comments:

Post a Comment