Monday, January 29, 2024

Cinta pada si bongsu

 Ulang kali mama dok cakap, Love is a funny thing. 

Indeed. 
Everyone wants to be in love ~ the feeling ...oooo...aaaaaa... just undescribable.
Describe lah macam mana pun .. mesti takkan sama dengan apa kita rasa ~ no perfect words to it! Sebab, love is sincerity ~ even kita mengaku dalam hati, kita cakap dengan lisan kita buat aksi pergerakan.... masih, kita sendiri tak tahu, betul ke kita ikhlas... kita tak tahu ~ kalau betul kita ikhlas, kenapa solat kita celaru ~ walhal, Lillahi, kita buat kerana Dia. 

Faghfirli Ya Allah.
Yang tahu cuma Allah. 
Semoga, setiap amal kita, setiap kata, setiap shahadah, setiap aksi, Allah terima sepenuhnya.
...
So, back to love ~ cinta buat kita bahagia, cinta juga paling perit bila ia menduga. 

Hari ni, macam semalam..
Mama masih belum sembuh ubat lara. 
Alhamdulillah... Hari tu, Aivey dapat offer MRSM... 
Dari awal waktu lagi, Mama dah bagitau, Mama tak berharap MRSM untuk Aivey. Mama rasa MRSM bukan tempat untuk Aivey. Mama tak jangka Aivey akan dapat offer MRSM, at first attempt. Tak perlu merayu... Alhamdulillah. Baiknya Allah dekat kami. 

Macam yang mama bagitau anak-anak..
Mama doa anak-anak dikumpulkan dengan orang baik-baik. 
Mama nak anak-anak duduk kat tempat baik-baik. 
Aivey dapat MRSM Pengkalan Hulu... mama dengar cerita, memang tempat orang baik-baik. Guru besar sekolah pun, diorang panggil Ustaz. 
Alhamdulillah.

Tapi, mama belum boleh lagi nak digest Aivey nak masuk asrama jauh-jauh tu. 
Dengan usia mama dan kesihatan mama yang tak seberapa ni, Mama tahu Mama jadi selfish bila Mama cakap, Mama tak nak Aivey masuk asrama. 

Semalam, pergi Kaison, Aivey beli rug for her room, using her own money. Satu-satu duit syiling dia kira depan kaunter. She wanted to buy the alarm clock too ~ "saya nak cuba bangun sendiri. Nanti, dekat asrama, saya kena bangun sendiri. Macam-mana abang-abang bangun bila Mama takde kejutkan ye?"

Mama tak tahu nak jawab cammana... mama masih belum puas kejut awak bangun, Vy. Antara semua orang, awak paling mudah nak bangun. Bila mama kejut awak, mama pangku awak, mama usap rambut kepala awak, mama baca ayat Allah Ta-ha ayat 1 sampai 5, dan Alam Nsyrah... bertahun-tahun mama istiqomah. 

Nanti, mama tak dapat kejut awak macam tu lagi. 
Mama tak tahu cammana Vy.
Mama tahu, Mama selfish to stop you.. 
sebab awak dah cuba macam-macam gaya, just to tell me, "Ma, I'll be ok as long as you pray for me. Saya nak jadi baik, saya nak duduk dengan orang baik-baik."

Allahu musta'an. Jaga dia untuk kami, Ya Allah. 

No comments:

Post a Comment