Mama rasa (dan harap), tahun ni, Mama nak bersembang pasal cinta, cinta, cinta dan cinta dan lagi dan lagi dan lagi...
Anak-anak pun dah meningkat dewasa ~ adulting, omputeh kata.
Antara ujian kehidupan, always and forever, is CINTA
Anak-anak pun dah meningkat dewasa ~ adulting, omputeh kata.
Antara ujian kehidupan, always and forever, is CINTA
Mama dok study definition 'Cinta' dalam Qur'an, and Islam in general..... masih mencari, harap bertemu nanti-nanti, Ameen..
Tapi, satu obeservation yang Mama dapat is that, there's no fix definition on love, but how we act upon love is everywhere...
Tapi, satu obeservation yang Mama dapat is that, there's no fix definition on love, but how we act upon love is everywhere...
Yup, cinta itu bukan kata nama.
Cinta itu kata kerja
Bila jadi kerja, ada sifat dia yang tertentu, yang akan keluarkan hasil ikut situasi, keadaan, waktu dan sebagainya.
Mat salleh cakap, "Love is Complicated"
I guess, after 46 years old living my life, I should have basically the 'rough' idea 'how' love is, not 'what' love is.
...
...
dalam blog ni, banyak dah mama citer pasal cinta... memacam.
but as for now, let's talk about the ultimate cinta ~ Cinta pada Yang Maha Mencipta
but as for now, let's talk about the ultimate cinta ~ Cinta pada Yang Maha Mencipta
Cinta yang tak akan mengecewakan
Cinta yang bila gusar, gelisah, gunah, gelabah, semuanya pasti tak akan berkelana
Cinta yang menjamin bahagia berkekalan, literally
Cinta yang semua orang wajib usaha nak dapat, simpan dalam jiwa..
Cinta yang buat hidup mati selamanya kalau hilang sekelip cuma
Mama dulu pernah confuse..
Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Itu aja yang Mama ingat..
Sekarang Mama nak kasi ingat kat anak-anak
Ye, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan tak pernah dambakan kasih dan sayang kita..
Kita yang perlu tergila-gilakan kasih dan sayangNya
Usahalah nak... pulun bagai nak rak, nak raih kasih dan sayang Dia
Cemburulah kamu pada mereka yang mendapat kasih dan sayangNya
Bermatianlah kamu untuk kasih dan sayangNya
Jangan jadi orang yang rugi, kosong, dek kerana kamu hilang kasih dan sayangNya
Ketahuilah kamu, jika ada suatu ketika kamu lupa akan kasih dan sayangNya, segeralah berlari mendapatkanNya semula... kerana Dia sentiasa menanti hambaNya yang sentiasa ingin kembali padaNya.
Benar nak.
Tak kenal maka tak cinta
Kenal siapa Tuhan yang tak pernah putus kasih dan sayangNya pada hambaNya
Jatuh cinta padaNya
Dan berdoalah agar cinta itu kekal hingga ahkhir hayat, yang akan membawa kita ke Syurga bahagia, allahumma ameen
No comments:
Post a Comment