Saturday, February 25, 2023

Sebab kamu bukan mereka

Tak tahu macam nak describe rasa yang dok berulang-kali datang menjengah... rasa nak suruh kau nangis sadis, menyumpah marah, membenci sepi. rasa pedih ibarat luka parah seluruh badan dicurahkan air garam bertan-tan tanpa belas tanpa kasihan. rasa tertipu dikhianiti dek orang yang puas mendukung kau, membelai kau, memandikan kau, mencebok kencing berak waktu kau tiada daya... 

Rasa yang memang shaitan saja yang kejam, mampu mencucuk-cucuk menghasut suruh aku membenci sekeras-kerasnya hingga melaknati ... 

yang akhirnya, laknat itu terpalit pada diri sendiri, kalau aku tak berhati-hati. 
...
kesian Aivey.. niat nak teman nenek. kesian kat nenek sebab nenek nga atok takde orang lain nak teman jadi penghibur. dah selalu sangat, sampai hujung minggu, dialah yang pergi teman nenek... sungguh, kalau ikut kehendak hati dia, mama tahu dia tak kisah duduk di rumah... paling tak pun, macam-macam benda dia boleh buat kat rumah riana ni. tapi, sebab dah jadi kebiasaan, bila hujung minggu, nenek 'merengek' ajak berteman. maka, setialah dia pergi menemani. 

cuma bila nenek nak ke KLCC, bukan dengan orang yang mahu dia ada hadir bersama mereka.. nenek tinggal Aivey begitu aje. Aivey cakap, 'nenek cakap boleh datang KLCC naik grab ngan abang Aimar... '... padahal, boleh aje mama drive ke KLCC bawak aimar and aivey kalau betul-betul nenek nak aivey dan aimar hadir bersama.. tapi, nenek tak nak pun. sebab aivey, aimar anak mama... tak layak nak join kerabat orang ada-ada.... sedar diri anak-anak! kamu darah daging aboh mama.... waktu mereka menyumpah seranah hingga mendoakan matinya mama aboh, mereka sudah lama bunuh dan buang darah mama yang sama mengalir dengan mereka.. hatta, tiada darah mereka dalam diri mama, tiada mama dalam diri mereka, dan tiada darah mereka pada kamu... 

kamu bukan sahaja orang yang hanya mereka kenal pada nama. mereka tak pernah kenal kamu, dan tak pernah ingin kenal kamu. 

nanti, bila kamu bertiga baca posting mama yang ini, mama nak kamu adik-beradik tahu, hari-hari macam ni, mama tewas... hari mama lemah seluruh sendi... penat menangis. 

No comments:

Post a Comment