...
Mama nak berpesan tentang perempuan ~ mama tahu anak-anak Mama ada mentor (read: Aboh) yang terbaik, nak amik contoh macam mana nak jaga perempuan (read: wife).. tapi, ada banyak lagi benda hal perempuan yang Aidan dan Aimar kena tahu.
Memula lagi ~ just be mindful of them.
Masa al-'Aziz, tuannya Yusuf AS, kantoikan isteri dia, cuba nak goda hambanya itu semata-mata nak memenuhi nafsu serakah dia, apa yang mampu suaminya buat? Dia cakap, seperti yang ada dalam Al-Quran
[Yusuf 12:29]
يُوسُفُ أَعۡرِضۡ عَنۡ هَٰذَاۚ وَٱسۡتَغۡفِرِي لِذَنۢبِكِۖ إِنَّكِ كُنتِ مِنَ ٱلۡخَاطِـِٔينَ
"Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!”
Untuk seorang pembesar hebat berkata-kata begitu, pasti ramai (termasuk Mama) yang tertanya-tanya.. itu je pesan dia??? itu je hukuman dia??
Kenapa ek.. mcm senang aje nak lepas..
Hebat mana pun seorang lelaki itu, penuh kuasa, kaya-raya, ternama... al-'Aziz pembesar Mekah itu sedar:
[Yusuf 12:28]
إِنَّ كَيۡدَكُنَّ عَظِيمٞ
sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
...
Hari ni, Aidan Aimar masih remaja ~ masih zaman seronok berkenal-kenalan.
Mungkin dalam berkawan, rasa ingin berteman.
Tapi, sentiasa ingatkan diri, perempuan lembut, ayu, bersopan-santun itu, bukan kriteria utama untuk jadi pasangan hidup kalian.
Rasulullah SAW pesan, 4 kriteria nak cari pasangan hidup: harta, keturunan, cantik dan agamnya. Cari empat-empat tu ~ moga bahagia hingga ke dunia abadi.
Buat masa ni, mama nak peringatkan ~ jaga Allah, jaga diri, jaga agama.
Syaitan paling mudah cucuk jarum dan lelaki selalunya akan tewas dengan perempuan.
Bergolok-gadai untuk perempuan.
Bergaduh sesama sahabat-handai sebab perempuan.
Jiwa serabut, hati lagha dek kerana perempuan.
Tapi, kena ingat gak ~ tak semua pompuan tu 'scammer'.. dan tak semua lelaki itu 'victim'.
Hatta, semua balik pada iman.
Kalau nak buat naya kat hati pompuan, ingat anak-anak.. kenang balik mama dan adik mu juga pompuan.
Ittaqullah ~ jaga diri dari azab Allah, jaga iman.
No comments:
Post a Comment