Saturday, November 4, 2023

Bersendirian

 Kesihatan mental

Dalam Islam, ada 5 konsep Maqasid ash-shari’ah i.e. objektif suatu hukum shari’ah dilaksanan yakni untuk memelihara agama, diri, akal, harta dan keturunan.

Memelihara diri, hifz an-nafs, adalah sebahagian daripada ‘ilm an-nafs, yang mana Rasulullah SAW ajarkan pada para sahabat.

Pernah suatu hari ketika Rasulullah SAW  memasuki masjid dan melihat Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Riwayat Abu Daud (4/353)

Di dalam Al-Quran, Allah SWT sendiri memilih untuk menceritakan perihal Nabi Yaakub yang berdukacita ketika kehilangan Nabi Yusuf AS 
 وَٱبۡيَضَّتۡ عَيۡنَاهُ مِنَ ٱلۡحُزۡنِ فَهُوَ كَظِيمٞ
dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. [Yusuf 12:84]

Nabi Yaakub AS menangis dan menangis selama 40 tahun, sehinggakan matanya sakit/kabur /memutih kerana terlalu merindui anaknya, Yusuf AS. Allah sendiri menceritakan, sakit mental yang dialami Nabi Yakub AS hingga menyebabkan fizikalnya (mata) terjejas.  Ini disahkan oleh pakar psikologi dimana simpton ‘somatic’ adalah suatu yang terjadi di mana apabila keadaan mental dan emosi terjejas akan menyebabkan keadaan fizikal turut menampakkan kesannya. 
40 tahun bukanlah suatu masa yang pendek. Hinggakan, anak cucu beliau sendiri sudah bosan, hingga menuduh beliau nyanyuk. Perkara ini sering terjadi apabila seseorang mendapat gangguan emosi. Bukan sahaja diri mereka, malah ahli yangbrapat dengan mereka turut terkesan.

Psikologi Islam mengakui konsep self-care, menjaga dan mengasingkan diri, atau nama yang sering digunapakai hari ini ialah ‘healing’. As a matter of fact, Rasulullah SAW sendiri melakukan ‘healing’ ketika Nabi SAW berkhawlah, mengasingkan diri di Gua Hira’.
Self-care in Islam is more than just self-healing and far from being selfish. 
It is a connection and bond within oneself, connecting to The Creator, and understanding oneself better, in order for he or she would be able to function fully in the community on day-to-day basis. 

Mengasingkan diri, bukan bererti sunyi dan keseorangan. Ia bukanlah sesuatu yang harus digeruni oleh setiap umat Islam. Malah, ia adalah sesuatu yang diharuskan, terutamanya apabila kita rasa amat ‘kehilangan’ sehingga terganggu mental, emosi dan perasaan.
Being alone doesn't mean being lonely. Isolation is not something that most Muslim should be fear of. As a matter of fact, being alone in solitude and is something that we are encouraged to do to connect spiritually and physically to increase one's faith i.e. Iman. 

Asingkanlah diri, jika perlu. Ambil masa untuk merawat jiwa yang penat dalam lara. 
Pause and recharge.

Bila dah pulih hati terisi dengan iman dan kasih Allah, teruskanlah hidup mengejar akhirat sementara menumpang di dunia ini.
#alonebutnotlonely
#strengtheningyourfaith
#spiritualsolitude
#DrRaniaAwaad
#islamicpscychology

No comments:

Post a Comment