Saturday, July 8, 2023

Darah warna apa?

Tetiba hari ni macam terajin lak nak memblog... hahahaha
...
Dok baca-baca message WhatsApp kat group Muafakat batch Aidan... adoooiiiiiiii... malas nak cakap pasai ethics and bagai... sume tu, i know i can never make peace with it, so, hadamkan je lah... tak sabar nak tunggu Aidan settle sambung belajar and nak abandon group tu.. 
huhuhuhu

Tapi, kejap ni, terkesan pasal ada yang mention 'darah hijau'...
Honestly, since day one, as much as I wanted to join the darah hijau clan tapi I really don't want to have that label on me ~ never proud of it, and never want to associate with it. 

I can share so many stories of why nots.... but i guess, i'll just keep it for now.. or maybe i'll spill it staggeredly, dalam sedar tak sedar.. hahaha

but, i really pray to Allah, kalau ada rezeki anak-anak nak berdarah hijau, ya Allah, jauhkan lah mereka dari sifat-sifat buruk kedarahan itu...semoga yang baik-baik sahaja yang melekat dan mengalir pada mereka, ya Allah. Allahumma ameen. 

...
Kadang-kadang, kita terlalu bangga dengan apa yang bukan kita punya pun. Kita bangga berdarah hijau, apa milik kita hasil bumi yang kita keluarkan dan guna buat komersil? Apa matikah darah itu kalau kita lari tak mahu lagi bersama organisasi itu? Ke kita yang mati sebab tak  cukup darah nak sambung bernafas di bumi Allah ini? Kita bangga berdarah hijau sebab koleksi Gucci dan Ferragamo mampu kita miliki penuh satu almari? Kita bangga berdarah hijau sebab belanja mewah buat ibadah haji itu rezeki VIP? Kita bangga berdarah hijau sebab anak tak pandai pun mampu kita gajikan sesedap hati? Kita bangga apa sebenarnya? 

Satu je nak tanya, kalau satu hari nanti, terputus bekalan, kau tak diperlukan lagi, mana nak cari bank darah topup darah premum RON97 kaler hijau tu?

Mati terus ke? Lepas mati, apa jadi?
...
Allahu musta'an. Moga Allah lindungi diri dan anak-anak, walau sekecil atom zarah sekalipun, rasa sombong takbur hingga menjadi pengikut dan sahabat iblis. waiyyadzubillah.

No comments:

Post a Comment