Monday, April 8, 2024

Malam Layl Qadr

 I don’t understand human.
malay muslim human, especially.

hari ni dah 28 Ramadan.
dalam sibuk asyik kebanyakan umat menanti 10 malam terakhir Ramadan, masih ramai yang mahu berteka-teki.
‘Semalam malam layl qadr kan? Boleh rasa bangun pagi aura sejuk‘
‘Dua malam lepas malam layl qadr kan? Hujan levat malam tu!’
‘Hadis cakap malam 27 lah mlm layl qadr!!’

Allahu akbar ~ sahabat nabi SAW bukan sorang dua.  Banyak hadis bagitau mlm 21, mlm 23, mlm 27 dan sebagainya. Yang confirmnya, hadis Nabi SAW datang pada sahabah, dan ada dua orang sedang bertelingkah mempersoalkan bila datangnya malam layl qadr. Lepas tu Rasulullah SAW cakap, ‘aku datang kat korang ni sebab nak bagitau lah bila. cumanya, bila korang dah bertegang urat kejap ni, aku terus dilupakan bila malamnya! at least, ianya di 10 malam terakhir Ramadan!’

puff!! camtu je Allah nak setelkan sifat manusia  yang suka nak percaya apa yang dia teka… last2, semua tak mendapat. Alhamdulillah, ada hikmahnya dari ArRahiim.

Yang confirmnya, Nabi SAW banyak beramal in the last 10 days.
Sayyidatina Ayshah RAh ada menyampaikan, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh yang terakhir (dari bulan Ramadhan) melebihi ibadah Baginda pada (hari-hari) selainnya.”

Tips pun Rasulullah SAW dah kabo ~ all out je lah the last 10 Ramadan tu! Tak rugi mana pun… confirm dalam 10, 1 mengena!!! Yang korang sibuk nak berteka-teki mlm semalam, mlm tadi, mlm lusa dah kenapa????? Korang ingat malam lain, malaikat catit amal tu cuti MC sokmo ke????
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Maaflah.. acik bebel sebab cinta gak ni!
Cinta kat semua dan cinta nak tarbiah semua ~ cuma masih belum berkesempatan sebab tingat Rasulullah SAW pesan, kalau takleh nak cakap bebaik, senyap! 

dush!

No comments:

Post a Comment