my channel to ramble. this is my PERSONAL blog and not for public use, unless permitted.
Tuesday, December 26, 2023
Let the pictures speak ~ Alhamdulilah
Wednesday, December 20, 2023
Solat jangan tinggal!
Nak mula buat baik; jaga solat. Mulakan dengan yang fardhu
Tuesday, December 5, 2023
Masih rindu
Dik, kalau kau nak tahu, dalam sebulan, tak pernah akak tak nangis sebab rindu.
Akak rindu, dik.
…
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Sekuntum bunga yang pernah kupuja
Tapi layu akhirnya
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci
Hanya berteman bunga yang layu
'Ku di halaman rindu
Oh, kesalku membeku di kalbu
Hanya berteman bunga yang layu
'Ku di halaman rindu
Tiada harum, tiada madu
Hanya berteman bunga yang layu
'Ku di halaman rindu
Tiada harum, tiada madu
Oh, sayangku penawar rinduku
Oh, kasihku hanyalah untukmu
Oh, sayangku penawar rinduku
Friday, December 1, 2023
7 years ago
Tuesday, November 21, 2023
My Name is Abigail
Alhamdulillah, barakallahu feek.
Wednesday, November 15, 2023
Broke down
Sunday, November 12, 2023
Everybody was kind to me
Thursday, November 9, 2023
She's not 'small'
Saturday, November 4, 2023
Bersendirian
…
Dalam Islam, ada 5 konsep Maqasid ash-shari’ah i.e. objektif suatu hukum shari’ah dilaksanan yakni untuk memelihara agama, diri, akal, harta dan keturunan.
Memelihara diri, hifz an-nafs, adalah sebahagian daripada ‘ilm an-nafs, yang mana Rasulullah SAW ajarkan pada para sahabat.
Pernah suatu hari ketika Rasulullah SAW memasuki masjid dan melihat Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
…
Di dalam Al-Quran, Allah SWT sendiri memilih untuk menceritakan perihal Nabi Yaakub yang berdukacita ketika kehilangan Nabi Yusuf AS
وَٱبۡيَضَّتۡ عَيۡنَاهُ مِنَ ٱلۡحُزۡنِ فَهُوَ كَظِيمٞ
dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. [Yusuf 12:84]
Nabi Yaakub AS menangis dan menangis selama 40 tahun, sehinggakan matanya sakit/kabur /memutih kerana terlalu merindui anaknya, Yusuf AS. Allah sendiri menceritakan, sakit mental yang dialami Nabi Yakub AS hingga menyebabkan fizikalnya (mata) terjejas. Ini disahkan oleh pakar psikologi dimana simpton ‘somatic’ adalah suatu yang terjadi di mana apabila keadaan mental dan emosi terjejas akan menyebabkan keadaan fizikal turut menampakkan kesannya.
40 tahun bukanlah suatu masa yang pendek. Hinggakan, anak cucu beliau sendiri sudah bosan, hingga menuduh beliau nyanyuk. Perkara ini sering terjadi apabila seseorang mendapat gangguan emosi. Bukan sahaja diri mereka, malah ahli yangbrapat dengan mereka turut terkesan.
…
Psikologi Islam mengakui konsep self-care, menjaga dan mengasingkan diri, atau nama yang sering digunapakai hari ini ialah ‘healing’. As a matter of fact, Rasulullah SAW sendiri melakukan ‘healing’ ketika Nabi SAW berkhawlah, mengasingkan diri di Gua Hira’.
Self-care in Islam is more than just self-healing and far from being selfish.
It is a connection and bond within oneself, connecting to The Creator, and understanding oneself better, in order for he or she would be able to function fully in the community on day-to-day basis.
Mengasingkan diri, bukan bererti sunyi dan keseorangan. Ia bukanlah sesuatu yang harus digeruni oleh setiap umat Islam. Malah, ia adalah sesuatu yang diharuskan, terutamanya apabila kita rasa amat ‘kehilangan’ sehingga terganggu mental, emosi dan perasaan.
Being alone doesn't mean being lonely. Isolation is not something that most Muslim should be fear of. As a matter of fact, being alone in solitude and is something that we are encouraged to do to connect spiritually and physically to increase one's faith i.e. Iman.
Asingkanlah diri, jika perlu. Ambil masa untuk merawat jiwa yang penat dalam lara.
Pause and recharge.
Bila dah pulih hati terisi dengan iman dan kasih Allah, teruskanlah hidup mengejar akhirat sementara menumpang di dunia ini.
#alonebutnotlonely
#strengtheningyourfaith
#spiritualsolitude
#DrRaniaAwaad
#islamicpscychology
Bilakan bersatu?
Sunday, October 22, 2023
A 'fair' parent
Tuesday, October 10, 2023
Gosh! Old me!
Friday, September 15, 2023
She's 12
I was sad the day before, and yesterday and still am today.
...
Monday, September 4, 2023
Perempuan: Kerja atau Berhenti Kerja?
Sunday, September 3, 2023
Busuk Hati
Wednesday, August 23, 2023
Cari bila perlu
Dah banyak kali dah kena ~ bila nak mintak tolong, laju je call, message tanya manis mulut.
Lepas tu, buat macam tak kenal ... ajak lepak pun, tak tanya direct ~ siap ada disclaimer, 'tapi jauh.. takpe je kalau tak join!'
Nak aje kucarutkan dalam group.. tapi sebab rasa respect kat orang lain masih ada, maka, kita makan hati sakit hati... carut aje dalam tulisan ini...
...
Masalahnya, dah banyak kali terkena.. tiap kali terkena, simpan niat dalam hati... pasni ko mintak tolong, boleh blah! takdenya aku nak tebal muka tanya member aku camtu camni sampai member rasa awkward, takdenya aku nak reschedule semua benda, gi kedai cari barang yang korang nak, takpelah plan aku cancel..
Bila jadi benda sakit hati camni, rasa macam bodoh, rasa macam tunggul..
Rasa macam, ko ni dah kenapa? Dah tua bangka pun masih bodoh? Kata belajar agama sampai dapat sijil bagi. Iktiraf mana ko dapat ni? Betul ke sohih? Ke memang betul cuma hati ko sebu sangat... memang suka nak nyusahkan orang asal ko senang, lepas tu, jangan nak ikhlas sangat sebab nanti ko sendiri yang susah...
...
Banyak kali aku janji kat diri aku.. pasni, apa-apa ko mintak tolong, aku nak buat bodoh, aku malas nak layan.. kang aku layan, aku gak yang baran.
...
Rugi je sume aku kekonon ikhlas tolong ko! Penat tau!
Kot ye pun.....
The algorithm is simple; ko rasa byk masalah kat anak ko sebab apa? ada tak sebab ko sendiri jadi punca asbab?
Dang!!!!